#Hiburan: Lima Tahun Menanti, Ameer Sofazr Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Pertama Sulung

Penyanyi Ameer Sofazr memaklumkan bahawa isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah selamat melahirkan bayi pertama mereka pada hari Selasa lalu.

Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyidin,34, memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu vokalis kumpulan Sofazr itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan buat isteri dan anaknya.

Bayi perempuan seberat 3.1 Kg itu telah dilahirkan pada jam 7.40 pagi tanggal 27 Oktober 2020 dan kini sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Menggunakan tanda pagar #penantian5tahun, Ameer meluahkan rasa syukur dengan rezeki zuriat yang dikurniakan kepada mereka sekeluarga. Namun, nama dan wajah anak sulung pasangan ini masih dirahsiakan untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

#cuticutimalaysia #kitajagakita #shortvacay2020 #nurmizanfamily #kualakangsarperak

A post shared by amir Mahiyiddin (@ameer_sofazr) on

Sekadar info, Ameer telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta pada Januari tahun 2015 yang lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments