#Hiburan: Wajah Kacaknya Dipuji, Kini Giliran Adik Lelaki Neelofa, Faliq Khan Ceburi Dunia Peragaan

Menyertai dunia peragaan bersama jenama mewah Dior, wajah kacak adik bongsu kepada usahawan tersohor tanah air, Neelofa iaitu Faliq Khan kini seakan mula mencuri tumpuan umum.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram Ameera Khan, beliau tampil berkongsi fotonya bersama Faliq ketika memperagakan beg daripada koleksi terbaru jenama Dior di hadapan pintu gerbang pusat beli belah Pavilion tempoh hari.

Advertisement

Bahkan, beliau juga turut berbangga kerana berjaya melakukan projek tersebut bersama adiknya.

Advertisement

“Bangga dengan adik lelaki saya kerana melakukan ini bersama saya. Kepada lebih banyak projek bersama.”

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya tampil memuji ketampanan wajah adiknya dan amat teruja melihat penampilan sulung Faliq sebagai model untuk jenama antarabangsa.

Untuk rekod, posting tersebut telah meraih hampir 70,000 tanda suka dan ratusan komen.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments