#Hiburan: Ustaz Ebit Lew Mengaku Dirinya Menunjuk-Nunjuk Kerana Bersebab

Mengaku segala yang dilakukannya hanya mahu mengajak lebih ramai orang berbuat kebaikan, pendakwah bebas yang popular dengan sifat dermawannya iaitu Ustaz Ebit Lew tampil mendedahkan program realiti, “Jejak Ebit Lew” diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan yang memerlukan.

Menurut Ebit, program itu merupakan kesinambungan Door To Door Ebit Lew yang disiarkan Astro Oasis sebelum ini.

“Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu. Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya ‘stuck’ (tersangkut) sebab penuh dengan mesej. Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000… Itu pun tidak menyeluruh.”

Katanya, hampir setiap negeri mempunyai penduduk susah. Jadi, apabila wujudnya program ini, ia mampu menarik pihak yang berminat untuk sama-sama membantu.

“Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan. Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat. Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini.”

Dedahnya lagi, ia juga antara pendekatan yang sesuai dengan situasi yang menimpa masyarakat kini lagi-lagi ketika berdepan pelbagai ujian susulan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, beliau yang sudah berkecimpung dalam kerja amal sejak berusia 12 tahun ini langsung tidak menyalahkan orang ramai yang mendakwa dirinya menunjuk-nunjuk.

Hal ini demikian kerana, Ebit sendiri akui sudah menjadi hasratnya untuk menarik lebih ramai orang menghulurkan bantuan.

“Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar. Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain. Perpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.”

Ustaz ebit lew hotel 4 bintang

Untuk rekod, program Jejak Ebit Lew ini  bukan hanya sekadar dakwah semata-mata, namun ia juga memberi fokus kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan bersifat jujur kerana tidak terikat dengan skrip atau babak komersial kerana kebanyakan misi bantuan yang dipaparkan adalah spontan.

Sumber: BH Online 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments