#Hiburan: Tampil Berimej Botak, Syafiq Kyle Kini Berwajah Baru

Pelakon popular, Syafiq Kyle kini tampil berimej baru apabila dia memotong rambutnya yang panjang mengurai sehingga botak.

Tiada lagi rambut panjang ikal paras baru, Syafiq berkongsikan perkara tersebut kepada peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

Mengakui sangat menyayangi rambutnya, namun dia ‘terpaksa’ memotong asetnya itu kerana tuntutan tugas.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

“Dear hair, I’m sorry I cut you, burn you and tie you up. But I will always love you,”

Ketika meninjau Instagram story, pelakon drama sensasi Nur itu telah menunjukkan keadaan dirinya yang kini botak.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Difahamkan Syafiq mengambil keputusan untuk mengorbankan rambutnya itu demi menjayakan sebuah filem baharu bersama Astro. Walau bagaimapun, pelakon tersebut masih belum mendedahkan lagi mengenai maklumat lanjut mengenai projek terbarunya bersama pelakon Aaron Aziz itu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments