Tampil meraikan ulang tahun pertama anak bongsu mereka, Ayya Soffya pada Selasa, pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal raih perhatian netizen.
Menerusi sebuah posting di laman Instagran Aeril, jelas kelihatan majlis sambutan hari lahir anaknya itu diraikan dengan penuh sederhana.
“Alhamdulillah hari ini genap setahun @ayyasoffya. Happy birthday cinta hati ayah. Jom wish kat dia, nanti bila besar dia boleh baca.”
Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah sambutan itu diraikan di rumahnya sahaja bersama anak beranaknya sambil menggayakan baju tidur.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya gembira melihat sikap rendah diri keluarga tersebut.
Malah, mereka juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan hari lahir buat puteri bongsunya itu.
Sekadar informasi, Aeril dan Wawa telah sah bergelar suami isteri pada 25 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments