#Hiburan: “Nasib Baik Bukan Tangga Tiga Terbawah, Kalau Tak Saya Frust Teruk!” – Mus May Akui Cliff Umar Layak Jadi Juara GV7

Penyanyi rock lagenda, Mus May mengakui bahawa Cliff Umar sememangnya layak menggondol gelaran juara pada malam akhir program Gegar Vaganza musim ke-7 yang baru sahaja melabuhkan tirai, baru-baru ini.

Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 52,berkata bahawa vokalis kumpulan muzik Projek Pistol itu layak menjadi juara kerana telah memberikan persembahan terbaik dan cemerlang pada malam final itu.

Secara berseloroh, Mus mengatakan dia sudah berlapang dada kerana memperoleh tempat kedua asalkan tidak berada dalam tangga ketiga ke bawah.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by im mus (@immus2020)

“Tipulah kalau saya tidak simpan impian nak menang nombor satu, tapi bila dah tinggal saya berdua di atas pentas bersama Cliff, saya dah kata dalam hati, kalau kalah pun tak apa, sebab dia memang layak menang. Nasib baik saya tak dapat nombor belakang sangat, kalau tidak mungkin saya frust teruk!”

Mus yang ditemui media sempat memohon maaf kepada peminat yang menginginkan dia merangkul gelaran juara pada malam itu meskipun dia telah mencuba sehabis baik.

Dia yang memperoleh gelaran naib juara telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi program.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by im mus (@immus2020)

Ketika ditanyakan tentang wang kemenangan, Mus berkata dia akan menyimpan duit tersebut memandangkan situasi ekonomi negara yang makin meruncing akibat pandemik COVID-19.

“Dalam keadaan negara dilanda wabak, tidak mahu saya belanja sesuka hati wang kemenangan. Sebaliknya saya akan simpan sebab kita tidak pasti apa akan jadi pada masa akan datang.”- Mus May


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments