#Hiburan: Lakukan Sendiri Ujian Swab COVID-19 Terhadap Rakan, BCL Ditegur Doktor

Bertindak melakukan sendiri ujian saringan COVID-19 terhadap rakannya tanpa bantuan petugas kesihatan, penyanyi popular Bunga Citra Lestari raih kritikan pelbagai pihak.

Menurut laporan mStar, perkara itu juga turut mendapat perhatian seorang doktor yang menegur tindakan penyanyi itu.

Advertisement

Difahamkan, Doktor yang dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i itu menegur BCL kerana tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan sendiri ujian tersebut.

“Dalam hidung kita ada bahagian dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan.”

Ujar Doktor itu lagi, ia boleh berlaku jangkitan andai seseorang itu tidak memahami cara yang betul untuk menjalankan ujian saringan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Advertisement

Untuk rekod, BCL sebelum ini tampil meletakkan syarat buat sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.

Sumber: lifestyle.okezone, mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments