#Hiburan: Lagi Akaun Media Sosial Artis Kena Godam, Kali Ini Giliran Linda Nanuwil,-“Geram, Nak Nangis Pun Ada!”

Bintang kembali menyinar, Linda Nanuwil menjadi salah seorang mangsa godam apabila akaun Instagramnnya tiba-tiba sahaja tidak boleh diakses secara tiba-tiba.

Sehubungan dengan itu, Linda dilaporkan telah membuka akaun yang baharu iaitu @linda.nanuwil sebagai inisiatif untuk berkomunikasi dengan peminatnya di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Linda Nanuwil (@linda.nanuwil)

Advertisement

“Panik dan stress bila akaun lama (lindananuwil) kena hacekd! Nak masuk minggu separuh akhir dan mara ke final macam-macam benda berlaku. Marah, geram dan nak nangis pun ada. Tapi tak mengapalah, pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini. Bersabar sahaja..Lets start fresh and move forward!”

Namun begitu, Linda hanya positif dan menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya.

Linda yang bakal ke pusingan akhir program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-7 sebelum ini telah berada di tempat ketiga dengan peratusan markah 68.30% pada episod separuh akhir pada minggu lalu.

Semoga berjaya diucapkan buat Linda Nanuwil!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments