#Hiburan: Kini Bergelar Pengarah, Hairul Azreen Bakal Tampil Dengan Filem ‘Ada Hantu’

Rezeki mencurah-curah, pelakon yang sinonim dengan watak aksi, Hairul Azreen kini bergelar pengarah apabila dia dikhabarkan sedang dalam pembikinan sebuah filem seram bertajuk ‘Ada Hantu’.

Dia dilihat telah mengumumkan mengenai projek terbarunya itu menerusi akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Menerusi entri berkenaan, Hairul dilihat telah merakamkan penghargaan kepada penerbit Adrian Teh dan Act2Pictures di atas kepercayaan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang penghasilan filem itu.

Advertisement

Dilaporkan, filem Ada Hantu turut menampilkan dirinya sendiri sebagai pelakon utama serta pelakon berbakat lain seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan ramai lagi.

Filem pertama arahan Hairul Azreen yang baru sahaja memulakan penggambaran pada hari ketiga itu dijadualkan akan ke udara pada tahun 2021 nanti.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments