#Hiburan: Kerap Terima Gambar Tidak Senonoh Dari Individu Yang Sama, Nafiz Muaz Beri Amaran Terakhir

Akibat terlalu kerap menerima mesej serta gambar lucah daripada seorang individu berjantina lelaki di laman sosial menyebabkan pelakon Nafiz Muaz tidak dapat menahan perasaan marah akibat perbuatan tidak senonoh itu.

Nafiz dilihat telah tampil memberi amaran terakhir kepada individu tersebut agar berhenti melakukan perbuatan sedemikian sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

Enggan mendiamkan diri dan membiarkan daripada terus terjadi, Nafiz mewar-warkan perkara terbabit menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.

Advertisement

Dalam video berdurasi hampir lapan minit itu, Nafiz turut berkongsi tangkap layar mesej berbaur lucah serta gambar tidak senonoh yang telah dihantar individu tersebut kepadanya.

“Sebelum ini ada yang buat perangai macam ini tapi aku tak nak cerita. Tapi ini kira last warning la. Aku tak akan tunjuk nama dia dan apa yang dia hantar. Hanya sekadar aku tunjuk mesej dia sahaja. Tak payah la buat benda macam ni..lelaki kot! Kalau hantar dekat perempuan, mungkin normal. Kau ingat aku ini apa? Kau tak malu ke? Tak ada maruah diri?”

Tambah pelakon drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ini lagi, dia tidak mempunyai niat untuk membuka aib mana-mana pihak tetapi kali ini dia sudah hilang sabar kerana perbuatan tersebut sudah melebihi batas kerana telah dilakukan berulang-ulang kali.

Nafiz dalam akhir videonya turut memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar berhati-hati terutamanya golongan wanita kerana ramai manusia yang lebih ‘bertuhankan’ nafsu dan berniat jahat.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments