#Hiburan: Kalau Jepun Ada Dotonbori, Bandar Baru Ini Bakal Jadi Bandar Idaman Rakyat Malaysia

Heart of the City atau nadi yang menggerakkan sesuatu bandar adalah bahagian penting untuk memastikan bandar itu terus pesat membangun. Di sinilah terletaknya bukan sahaja aktiviti komersial, malahan destinasi ini akan memjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat tempatan di situ.

Contohnya di bandar metropolitan Osaka, Jepun, Dotonburi adalah Heart of the City bagi bandar terkemuka itu. Segalanya ada tersedia di situ seperti hiburan, budaya, pengalaman gastronomi sehinggalah pusat beli-belah dan kegiatan ekonomi di bandar yang mempunyai kunjungan yang ramai itu.

Advertisement

Untuk menjadi sebuah bandar yang menjadi idaman bagi setiap penduduk di Malaysia, semestinya ia memerlukan “Heart of the City” sendiri. Begitu juga dengan Gamuda Cove, juga memiliki Heart of Cove sendiri untuk penghuninya.

gamuda

Heart of Cove bukan sahaja untuk mereka yang mempunyai kerjaya, malahan ia lebih dari itu. Ianya menjadi titik di mana berlakunya aktiviti sosial. Di sini dapat melahirkan idea-idea yang bernas sambil menghirup secawan kopi dengan  berlatarbelakangkan taman yang indah. Business meeting dan urusan perniagaan berjalan dengan santai di sini dengan adanya pilihan restoran dan kafe di kawasan sekeliling.

Projek berkeluasan 1,530 ekar ini  merangkumi 370 ekar Business District dari pelbagai industri. Kawasan komersial ini dirancang dengan teliti dalam memastikan ianya mempunyai walkability bagi memastikan penghuninya boleh bekerja, di samping dapat menjalani pelbagai aktiviti di sini. Setiap kawasan dirancang untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor untuk menggalakkan perkembangan perniagaan tempatan, nasional dan antarabangsa.

Advertisement

Dalam masa 5 tahun lagi, pemaju mensasarkan untuk membangunkan Townsquare, Townsquare 2, Wellness Park & Education Park. Bayangkan segalanya tersedia  di dalam satu tempat, suatu kawasan yang cukup menjadi idaman semua kerana tidak perlu mengambil masa lama untuk ke satu-satu destinasi.

Kurangnya ciri kehidupan urban kontemporari di Lembah Klang Selatan, Gamuda Cove berhasrat menyediakan segalanya untuk mereka yang tinggal di kawasan sekitar, gaya hidup warga KL dan PJ! 

Hub komersial ini juga bukan sahaja menarik penduduk sekitar, malahan dari negeri lain untuk merasa hidup seperti warga kota KL dan PJ, sekaligus melengkapkan aktiviti hiburan dan riadah lain.

Bayangkan segalanya ada di Heart of Cove, dari bangunan komersial yang menjadi tumpuan usahawan dan klien, bersosial sambil business meeting di restoran dan kafe, sehinggalah berlibur serta bersantai di taman tema. Cukup lengkap, hanya di Heart of Cove!

Advertisement

Townsquare dijangka sebagai pusat gaya hidup dan bakal menjadi tumpuan warga Selatan Lembah Klang di masa akan datang.

gamuda

Setelah penat bekerja, semestinya memerlukan waktu untuk berehat dan bercuti untuk menenangkan fikiran yang bercelaru bukan? Apa yang menariknya, Gamuda siap sedia menyediakan lokasi untuk meluangkan masa dengan keluarga dan rakan di taman hiburan iaitu MICE hotel dengan 300 bilik,  Splashmania Water Theme Park, Destination Mall, serta Discovery Park!

Untuk eko-pelancongan pula, Gamuda Cove menawarkan Paya Indah Discovery Wetlands. Di sini bermacam aktiviti boleh dilakukan antaranya boat cruise, memberi makan haiwan, basikal lasak, memancing dan menunggang kuda. Satu peluang untuk mendekati alam yang tidak patut dipersiakan di Paya Indah Discovery Wetlands ini.

Tidak sekadar itu, Gamuda Cove juga turut memberi penekanan dengan 4 lagi aspek penting dalam liveable city bagi memastikan bandarnya menjadi bandar paling diidamkan untuk didiami di Malaysia.

LIVE connected

Advertisement

1. Community connectivity

Bandar yang dibangunkan untuk semua, di mana semua orang boleh kekal berhubung dengan keluarga, rakan dan komuniti setempat di dalam alam semulajadi. 

Dengan ciri ini, walaupun penghuni berada di satu kawasan yang mempunyai privasi, namun dalam masa sama, kekal terhubung dengan dunia luar. Kedua-dua aspek dimiliki dengan Gamuda Cove. 

2. Township connectivity-Intercity

Kawasan Gamuda Cove juga dihubungkan secara terus dengan Lebuhraya ELITE menerusi Gamuda Cove Interchange. Dengan adanya lebuhraya yang menghubungkan kawasan ini, semestinya menyenangkan urusan perjalanan dan menjimatkan masa pemanduan.

Selain itu, flyover yang dalam pembinaan bakal menghubungkan Gamuda Cove dengan Putrajaya. Kemudahan ini juga bermatlamat untuk memudahkan penghuni dan mereka yang mahu berkunjung ke kawasan Gamuda Cove.

LIVE SMART

Teknologi disebatikan dengan alam untuk menjamin kelestarian alam semulajadi untuk jangka masa panjang. Semestinya amat penting kita menjaga alam sekitar untuk kebaikan anak, cucu di masa depan. Iyalah, sumber alam yang ada di persekitaran ini bukanlah akan kekal untuk selamanya.

Keselamatan

Projek ini dilengkapi dengan SMART Camera, SMART detection dan SMART alert untuk menjamin keselamatan penghuninya. Jadi, tidak perlu risau dengan isu keselamatan kerana anda akan terjaga dan dilindungi dari sebarang kecelakaan atau insiden tidak diingini.

LIVE Well

gamuda

Kesihatan fizikal, mental dan sosial turut diberi penekanan dalam projek ini. Gamuda Cove menawarkan Pet-Park berkeluasan 60 ekar kepada penghuninya. Selain itu, setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pocket parks untuk penduduk berhimpun dan beristirehat. Manakala bangunan perniagaan mempunyai kawasan depan dengan taman atau waterfront.

Tidak ketinggalan juga, kemudahan pendidikan selain penjagaan kesihatan turut diberi perhatian.

LIVE Green

gamuda

Gamuda Cove dikenali sebagai santuari alam semulajadi kerana terletak antara Hutan Simpan Kuala Langat dan Paya Indah Wetlands. Projek ini dibina dengan Central Park di tengah-tengah township, manakala di bahagian selatan adalah kediaman berinspirasikan paya selain kawasan perniagaan dengan laluan air.

Penghuni akan menikmati keindahan dan kehijauan tanpa perlu travel jauh kerana secara amnya mereka tinggal dikelilingi hutan simpan yang terpelihara dari pembangunan. Kehijauan ada di mana-mana, seolah sehari-hari bercuti di destinasi percutian mendekati alam.

Demikianlah sebuah bandar paling liveable atau diidamkan untuk diduduki di negara ini dibangunkan. Segala aspek dan ciri penting diberi penekanan dan diberi perhatian.Untuk maklumat lanjut mengenai bandar idaman untuk didiami Gamuda Cove ini, kunjungi Gamuda Cove Experience Gallery atau lawati laman web mereka DI SINI.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments