Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar meluahkan rasa rindu kepada arwah anaknya, Rezaimen Kiflin Kifli yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira enam tahun yang lalu.
Mengakui bukan mudah menghadapi hari-hari tanpa anak tersayang, Linda walau bagaimanapun tetap menyambut hari kelahiran anaknya meskipun sudah tiada di dunia.
Dalam pada itu, Linda turut menzahirkan rasa rindu dan mendoakan yang terbaik buat anak kesayangannya itu.
View this post on Instagram
“Al-fatihah memen. Tarikh lahir 1/12/2002 – 1/12/2020. Meninggalkan dunia pada 5/7/2014 pada puasa ke-7. Esok hari jadi memen 18 tahun. Dah besar baby boy mama rupanya..mesti handsome dan tinggi kan. Ya Allah rindu sangat ma kat memen..Rindu yang tiada ubat. Patut la ma emo 2-3 hari ini. rupanya birthday memen dah dekat..”
Meninjau ruangan komen, peminat dan pengikut media sosial Linda Rafar rata-rata mendoakan roh Allahyarham Rezaimen Keifli dicucuri rahmat dan juga kesejahteraan Linda Rafar sekeluarga.
View this post on Instagram
Sekadar info, anak kedua Linda itu dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Julai 2014 akibat daripada penyakit kanser perut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments