Anggota kumpulan lawak Zero, Atu berang apabila dia menerima barang lain daripada apa yang dibelinya di laman sesawang membeli belah terkenal.
Atu Zero atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif,28, berasa kesal dan berharap pihak berkenaan mengambil tindakan segera sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
Dia meluahkan perasaan marah itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di ruangan Instagram milik isterinya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Tak larat dah nak membebel..lepasni beli lah mahal sikit kat Aeon terus dapat barang..”
Dalam pada itu, isteri Atu, Shafeeqa turut melampirkan bukti pembeliannya serta aduan laporan mengenai kesilapan barangan diterima kepada platform membeli belah online terbabit.
View this post on Instagram
Info tambahan, Atu telah mendirikan rumah tangga bersama Shafeeqa yang juga seorang pereka fesyen pada 8 Februari 2016 yang lalu dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments