Gara-gara pengumuman saat akhir penangguhan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara, rakyat Malaysia dilihat telah berganding bahu membantu pelajar yang tidak bernasib baik dari segi kewangan dan keperluan lain.
Perkara itu turut mendapat perhatian ustaz selebriti serta perndakwah terkenal, Ebit Lew yang tampil membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa mereka pulang semula ke kampung.
Dia yang berkongsi hebahan bantuan tersebut menerusi laman Facebook dan Instagramnya telah meminta pelajar yang memerlukan bantuan supaya menghubunginya.
Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi daripada netizen yang rata-rata terharu dan kagum dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.
Malah, peminat serta pengikut Ustaz Ebit Lew turut mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki kerana tampil meringankan bebanan yang ditanggung para pelajar yang terkandas kerana masalah kewangan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments