Sudah hampir genap sebulan pemergian Sandra Dianne ke rahmatullah, syarikat rakaman dan pengurusan Sony Music Malaysia dilaporkan bakal menerbitkan lagu terakhir nyanyian arwah Sandra khas untuk peminat di luar sana.
Lagu bertajuk Jelaskan itu juga merupakan lagu hasil ciptaan Sandra sendiri dan dikhabarkan telah dirakam beberapa bulan lalu dan ianya dalam perancangan untuk diperdengarkan selepas program Big Stage 2020.
Menurut Vea Norman selaku wakil pengurusan Sony Music tampil menjelaskan mengenai perancangan untuk menerbitkan hasil karya terakhir Sandra itu.
“Kami selaku pihak pengurusan Allahyarhamah Sandra Dianne ingin berkongsi hasil karya penuh makna buat arwah buat semua peminatnya di luar sana. Arwah Sandra ada mengatakan dia sudah menulis lagu Jelaskan sejak tahun lalu lagi. Namun proses rakaman hanya dapat disempurnakan pada sekitar bulan Mei yang lalu kerana kekangan akibat PKP,”
Vea turut berkongsi mengenai proses penghasilan lagu yang agak mencabar kerana susunan muzik telah dirakam di Kuala Lumpur namun untuk vokal Sandra yang berada di Sabah.
Namun segala penantian dalam menghasilkan kualiti muzik yang mantap membuahkan hasil kerana Sandra sanggup berulang kali merakam trek vokal dalam mendapatkan emosi yang sempurna untuk lagu terakhirnya itu.
Lagu Jelaskan kini boleh didengari di semua platform digital bermula Jumaat yang lalu.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments