Penerbit serta pengarah terkenal, Datuk A.Aida dilaporkan telah berhabis sebanyak RM146,980 hanya untuk membeli tiga kamera baru bagi kegunaan drama terbarunya yang berjudul Bidadari Salju.
Menurut A.Aida,50, dia juga telah melabur banyak wang dan tenaga untuk babak bermain bola sepak yang menggunakan khidmat lebih 20 pelakon extra membabitkan remaja dan pelakon berbadan sado.
Drama yang bakal bersiaran di slot Akasia, TV3 pada Disember nanti merupakan sebuah naskah adaptasi dan merupakan penerbitan yang berbeza daripada apa yang pernah dihasilkan A.Aida sebelum ini.
“Saya fikir agak lama juga untuk buat drama di slot ini. Ditambah pula, drama adaptasi ini jalan cerita berbeza dengan yang lain dan saya mahukan sesuatu yang baru bukan saja dari segi ‘shot’ tapi juga ‘look’ drama ini. Kebetulan, pengarah, Riza Baharudin ada kepakaran itu,”
Ketika ditanyakan mengenai barisan pelakon yang membintangi drama tersebut, A.Aida telah menetapkan kriteria bahawa pelakon mestilah muda dan berbadan ‘fit’ dan sado untuk menghasilkan drama yang berkualiti dan bermutu tinggi.
View this post on Instagram
“Saya buat uji bakat dan menetapkan kriteria kena remaja dan sado. Bagi saya, pemain bola perlu kelihatan ‘fit’ barulah nampak ‘real’. Takkan saya nak ambil yang boroi pula kan. Memang tak sesuai,”
Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama dia menggunakan tiga kamera dalam sesebuah penerbitan dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak ‘shot’ dan reaksi untuk setiap babak.
Drama Bidadari Salju itu dikhabarkan telah menampilkan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai watak utama.
Sumber: Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments