#Hiburan: Muat Naik Video Perlawanan Dalam Stadium, Eyka Farhana Dikecam

Mungkin gembira melihat teman lelaki iaitu pemain bola Akhyar Rashid beraksi ketika perlawanan Liga Super di antara Johor (JDT) dan Sabah semalam, pelakon Eyka Farhana telah bertindak memuat naik video permainan tersebut di laman media sosialnya.

Pun begitu, rata-rata netizen meluahkan rasa marah apabila perasan terdapat segelintir penyokong yang dilihat di kerusi penonton stadium tersebut walhal sebelum ini sudah diuar-uarkan bahawa perlawanan itu akan dijalankan tanpa penonton bagi mematuhi arahan kerajaan.

eyka farhana dikecam

Selepas terasa bahang kemarahan orang ramai, Eyka Farhana telah memuat naik permohonan maaf dan menjelaskan kisah sebenar disebalik rakaman video tersebut.

“Video yang saya muat naik dalam perkongsian sebelum ini saya ambil dari ahli keluarga. Jangan salah faham.”

Malah kemarahan itu turut ditujukan kepada pihak Malaysian Football League (MFL) yang sepertinya memandang enteng mengenai isu ini dan membenarkan penonton memasuki perlawanan tersebut.

Tak lama selepas itu, MFL tampil dan mengesahkan bahawa pihak JDT sudah membuat permohonan untuk membawa ahli keluarga pemain berskala kecil untuk menonton perlawanan itu di stadium.

Sumber: Harian Metro

Sumber foto: Kosmo!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments