#Hiburan: (TAHNIAH) Fazura, Fattah Amin Selamat Timang Bayi Perempuan

Berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi, pelakon Nur Fazura kini disahkan telah selamat melahirkan bayi perempuan.

(TAHNIAH) Fazura, Fattah Amin Selamat Timang Bayi Perempuan

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.”

View this post on Instagram

Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga. Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah. Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga. Dearest everyone. We are delighted to announce the birth of our first bundle of joy on this blessed Friday, 14 Safar 1442 and 2nd October 2020. She is a healthy babygirl bringing with her so much love and happiness into our lives. Please allow us to keep our precious baby’s name and face a secret until after seven days from today, following the sunnah of our beloved Prophet Muhammad (PBUH). In shaa Allah. We are truly grateful for your continuous love and prayers from the very beginning until Fazura’s safe delivery. Lots of Love from the three of us. ❤ @fattzuralovelife ✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Menurutnya, kehadiran cahaya mata sulung yang  yang sihat dan sempurna itu sangat membahagiakan beliau dan suami, Fattah Amin.

Bagaimanapun, beliau difahamkan memohon sedikit masa untuk merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.

View this post on Instagram

❤

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Dalam pada itu beliau dan suaminya juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua insan yang mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.

(TAHNIAH) Fazura, Fattah Amin Selamat Timang Bayi Perempuan

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga.”

Sekadar informasi, Fazura telah sah menjadi isteri kepada Fattah dalam majlis tertutup yang berlangsung di ibu kota pada 27 November 2017.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments