#Hiburan: Rumah Digeledah Dan Akaun Dibekukan, Fara Mendoza Mengaku Disiasat SPRM

Turut terpalit dengan isu kes penggubahan wang haram antara selebriti, pelakon Fara Mendoza akui dirinya ada dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Menurut pelakon itu, dia diminta untuk tampil memberikan keterangan berhubung kes tersebut dan telah memuat naik beberapa perkembangan siasatan tersebut menerusi paparan Instagram (IG) Story miliknya.

“Alhamdullilah, saya tak bersalah, syukur. Harini 1/10/2020 saya telah dipanggil hanya untuk memberi kerjasama,”

Dalam pada itu, Fara turut membidas kritikan netizen yang menyebut mengenai kemewahan yang ditayang di media sosialnya itu bukanlah datang dari sumber duit haram.

Namun, selepas beberapa jam memuat naik perkembangan kes itu, Fara kemudian memberitahu bahawa akaun banknya telah dibekukan serta kediaman miliknya telah digeledah oleh pihak SPRM untuk tujuan siasatan.

Malah, telefon bimbitnya juga telah diambil oleh pihak berkuasa yang bertugas. Fara kemudian menulis luahan untuk terus melawan demi keadilan.

View this post on Instagram

” eee.. X suka lah Mendoza ni ” Xpee, i pun tak suka you , U Rilex je ??

A post shared by Fara Mendoza (FM) (@fara_mendoza) on

Terdahulu, industri hiburan gempar apabila beberapa selebriti serta individu terkenal telah dipanggil oleh Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia untuk membantu siasatan di bawah kes Unit Siasatan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

Sumber: Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments