Selebriti pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar baru-baru ini ada berkongsikan sebuah video di mana dia sedang melawat anak-anak dan isterinya yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah setelah pulang dari negeri Sabah.
Dalam membendung penularan wabak itu, Shuk terpaksa berpisah selama 14 hari dan dikehendaki untuk duduk berasingan. Justeru itu, pelawak yang berasal daripada Pulau Pinang itu telah meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak dan isterinya iaitu Rossalenna Natassyiah Asshaferah.
“Ayah pun rinduuuu dekat ain dan adik..nanti ain dah habis kuarantin gelang pink ayah balik peluk semua,”
Peminat serta pengikut instagram Shuk rata-rata tersentuh hati melihatkan perkongsian bapa kepada dua orang cahaya mata ini. Ada juga yang mendoakan supaya keluarga ini sentiasa tabah dan bersabar sepanjang tempoh yang mencabar dilalui kini.
Sekadar info, Shuk telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada Disember 2015 yang lalu dan kini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments