Adakah anda seorang yang gemar mendengar muzik?
Atau anda memang kaki tengok drama dan filem?
Mungkinkah anda juga sering inginkan “me time” tanpa sebarang gangguan termasuklah bunyi bising?
Jika jawapan anda adalah “ya” untuk salah satu soalan di atas, maka anda wajib memiliki HUAWEI FreeBuds Pro yang merupakan fon telinga TWS pertama di dunia dengan pembatalan bunyi pintar secara dinamik.
Dengan harga hanya RM699, anda boleh enjoy sepenuhnya lagu-lagu dan drama-drama tontonan walaupun ada sebuah helikopter yang sedang terbang dengan penuh kebisingan berhampiran anda.
HUAWEI FreeBuds Pro akan hadir ke HUAWEI Store bermula 10 Oktober ini bersama-sama dengan WATCH GT 2 Pro and MatePad T 10s, yang masing-masing berharga RM1,199 dan RM999. Untuk lebih berjimat dan mendapat rebat RM100 serta-merta , bermula 5 Oktober yang lalu, anda boleh menebus kod kupon rebat melalui HUAWEI Member Center.
Kod ini hanya boleh digunakan di HUAWEI Experience Stores (HES)* terpilih dan pada 10 & 11 Oktober 2020 sahaja. Memang inilah masa terbaik untuk anda menjadi pemilik HUAWEI FreeBuds Pro yang sangat awesome ini.
Benda yang paling best tentang HUAWEI FreeBuds Pro ini ialah ia secara bijak akan mengesan keadaan sekeliliing dan mempertingkatkan pengalaman pembatalan bunyi anda.
Dua mikrofon yang tertetak di dalam dan luar fon telinga akan memantau bunyi sekeliling dan bertukar secara automatik ke “mode” pembatalan bunyi di antara Ultra Mode, Cozy Mode dan General Mode. Kesannya, anda akan dapat menikmati apa yang sedang anda dengarsecara optimum.
Ultra Mode
Jika anda seorang kaki travel, anda pasti menyukai Ultra Mode. Sambil berbaring merehatkan badan di atas kapal terbang/bas, anda boleh menenangkan diri mendengar lagu kegemaran tanpa sebarang gangguan luar. Pada masa ini HUAWEI FreeBuds Pro boleh mencapai pembatalan bunyi sehingga 40dB. Senang cakap, memang tak dengar la bunyi enjin bas ke, kapal terbang ke. Dalam tak sedar terus tertidur.
Cozy Mode
Kalau anda jenis dengar lagu ketika bekerja di pejabat, memang Cozy Mode ini wajib anda gunakan. Ia mengurangkan bunyi kertas bertaburan, bunyi taipan, bunyi komputer ditutup buka serta bunyirakan-rakan sepejabat anda berborak. Tapi tak adalah sampai tak dengar bila boss panggil. Barulah anda boleh fokus 100% menyiapkan tugasan yang diberi.
General Mode
Sekiranya anda yang bekerja “on-the-go” dan sering lepak di kedai kopi, restoran ataupun shopping kompleks, General Mode adalah pilihan terbaik untuk anda mengurangkan segala jenis bunyi di sekeliling kawasan tersebut. Memang anda akan lebih tenang dan tidak terganggu dengan bunyi-bunyi bising yang lain. Best kan?
Sebagai kesimpulan, HUAWEI FreeBuds Pro ini menawarkan pengalaman bunyi yang sempurna dengan keselesaan, penuh bergaya dan fungsi bijak automatik. Siap ada dual-antenna Bluetooth untuk memastikan kestabilan sambungan anda. Last but not least, fon telinga ini juga hadir dengan Awareness Mode dan Voice Mode yang membolehkan anda berinteraksi dengan orang sekeliling tanpa menanggalkan HUAWEI FreeBuds Pro anda. Power gila kan?
Cuba tengok video ni, memang terbaik ciri-ciri Huawei FreeBuds Pro.
Seperti yang dimaklumkan di atas, selain daripada HUAWEI FreeBuds Pro ini, HUAWEI turut sama akan melancarkan HUAWEI WATCH GT 2 Pro dan MatePad T 10s bermula 10 Oktober ini.
Jam pintar terbaru HUAWEI ini juga datang dengan rekabentuk yang cukup premium dan ciri-ciri unik seperti Sports Plus Health Monitoring, mod sukan dan macam-macam lagi yang memang sesuai untuk mereka yang aktif.
Ini pilihan warna yang bakal ditawarkan.
Product | Colour** | RRP (RM) | Freebies* |
HUAWEI FreeBuds Pro | Ceramic White, Silver Frost | 699 | Casing and mini speaker |
HUAWEI WATCH GT 2 Pro | Night Black | 1,199 | Watch strap |
HUAWEI MatePad T 10s | Deep Sea Blue | 999 | Flip cover |
Sekali lagi diingatkan anda boleh menebus kupon rebat serta-merta bernilai RM100 untuk HUAWEI FreeBuds Pro dan HUAWEI WATCH GT2 pro menerusi Member Center Rewards. Kupon ini hanya boleh digunakan pada 10 dan 11 Oktober di HUAWEI Experience Stores terpilih dan selagi stok masih ada. Jadi kena cepat-cepat buat keputusan untuk membeli kedua-dua produk ini.
Maklumat lanjut layari Facebook HUAWEI Malaysia dan juga laman web HUAWEI. Selamat mencuba!
**Warna SilverFrost Mempunyai Jumlah Stok Terhad
*Sementara Stok Masih Ada
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments