Tular di media sosial hari ini apabila satu kisah mengenai syarikat katering yang menuntut bayaran daripada pasangan pengantin baru untuk harga makanan yang disediakan pada hari perkahwinan mereka, 10 bulan yang lalu.
Syarikat katering itu memaklumkan bahawa pasangan pengantin tersebut telah meminta pihak mereka untuk menyediakan 2 ekor kambing panggang, lima buah khemah serta 1,000 botol minuman soda untuk para tetamu yang hadir.
GOT EM ? Komuniti Kuantan posted their picss haha pic.twitter.com/vydRsoN1zN
— Leia (@hnnhxhrmn) October 6, 2022
Jelasnya, duit deposit sebenarnya telah diminta untuk urusan penyediaan makanan namun pasangan itu memberitahu bahawa mereka tidak mampu membayarnya lagi.
Berasa kasihan apabila mengenangkan pengantin itu yang mungkin tidak dapat menyediakan sebarang makanan untuk para tetamu, syarikat katering itu tetap meneruskan pesanan yang diminta kerana mereka sebelum ini tidak pernah mengalami isu-isu penipuan dengan pasangan pengantin yang lain.
Setelah majlis, pasangan itu menulis sekeping cek kononnya untuk menjelaskan bayaran namun ia ditendang oleh pihak bank.
Pasangan itu kemudian berjanji untuk membayar dalam tempoh dua bulan namun syarikat katering tersebut masih tidak menerima satu sen pun setelah lebih 10 bulan menanti.
Malah, suami isteri itu juga mengugut untuk tidak mahu membayar langsung jika kisah itu ditularkan oleh pihak katering tersebut di media sosial.
Difahamkan, syarikat itu juga telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “2 Ekor Kambing Golek, Lima Buah Khemah” – Dah 10 Bulan Kahwin, Pengantin Enggan Bayar Hutang Katering RM26k first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments