Seorang wanita telah tampil membuat satu pendedahan di Twitter tentang punca adiknya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan.
Menurut wanita terbabit, adiknya telah menerima rawatan di Hospital Shah Alam namun hanya mengalami kecederaan ringan tetapi rakannya dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa bahawa kemalangan terbabit berlaku disebabkan anak orang kenamaan bergelar ‘Tan Sri’ yang berlumba secara haram dan dalam keadaan mabuk.
Difahamkan, Toyota Vios dinaiki adiknya itu telah dilanggar dari tepi oleh sebuah kereta Range Rover yang datang dari arah belakang. Kemalangan itu menyebabkan Vios tersebut terbabas ke lorong kanan dan melanggar penghadang jalan.
Sebuah Perodua Bezza yang juga dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang Vios tersebut.
So apparently, after accident adik aku and the friends. There are 13 more cars yang accident melanggar kereta dorang. Gila. Porsche berlumba dengan Range Rover. Anak Tan Sri tu mabuk. Racing. RR langgar Vios kawan adik aku tu from tepi. pic.twitter.com/FKtsgzJB9l
— ????? (@NabilahAnafi) October 9, 2022
Sementara itu, kembar mangsa yang cedera parah itu turut membuat ciapan berkenaan kemalangan yang berlaku berdekatan Shell Batu 3, Shah Alam itu.
Pihak polis dilaporkan meminta agar orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat tentang kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan.
Got news from my elder brother yang my twin brother involved in accident dekat shah alam shell batu 3 . The driver yang langgar tu dikatakan berlumba dan bila langgar driver tu lari . Dengar cerita suspek family background orang corporate . pic.twitter.com/JwaAK7EIeJ
— Imm. (@Mdimrxn_) October 9, 2022
Ramai netizen menzahirkan rasa marah terhadap apa yang berlaku dan turut mendoakan mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Irman itu.
Segelintir individu mencadangkan agar keluarga mangsa mengupah peguam dan mengambil tindakan lanjut terhadap pemandu Range Rover tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Jadi Punca 13 Kereta Kemalangan, ‘Driver’ Range Rover Didakwa Anak ‘VIP’ Berlumba Haram Ketika Mabuk? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments