#Hiburan: “Diorang Nak Menantu Lebih Baik” – Jaga Suami Lumpuh Sampai Sihat, Wanita Akur Mentua Minta Bercerai

Tular di media sosial tidak berapa lama dahulu apabila seorang wanita bergelar usahawan kosmetik iaitu Siti Rohayu setia menjaga suaminya yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya.

Malah suaminya, Muhammad Ridhwan dilaporkan hampir hilang ingatan namun Ayu tidak berputus asa menjaganya sehingga pulih dan sembuh seperti biasa.

Advertisement

Baru-baru ini, Ayu dilihat ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial seolah-olah memberi bayangan dia dan suami akan bercerai.

Buat kali terakhir ku jalankan tugas sebagai isteri buat dirimu. Esok berakhir la sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, maafkan diriku sepanjang bergelar isteri mu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.

Pada 11 Oktober lalu, Ayu ada memuat naik foto dia berada di hadapan Mahkamah Rendah Syariah dipercayai bagi urusan perceraian.

Dan baru-baru ini, Ayu dilihat membuat hantaran di laman Facebook memaparkan dia hadir bersama suami di Mahkamah Syariah bagi tujuan sama.

AyuSumber : TikTok  

Dia dilihat turut menangis setelah masuk ke dalam kereta. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kedua-duanya jalan berpimpinan tangan masuk ke dalam Pejabat Agama seperti pasangan suami isteri yang masih berada dalam keadaan baik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat Ayu dan berharap keputusan yang dibuat mereka itu terbaik buat kedua-duanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bekas isteri DDNK
2 jam lalu

“Saya Takkan 'Move On'” - Bekas Isteri DDNK Dedah Masih Belum Terima Nafkah Iddah Dan Harta Sepencarian

The post “Diorang Nak Menantu Lebih Baik” – Jaga Suami Lumpuh Sampai Sihat, Wanita Akur Mentua Minta Bercerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments