Nama selebriti yang kini mukanya sering terlihat dalam drama-drama melayu iaitu Norreen Iman menjadi hangat apabila dia didakwa ‘melarikan diri’ dari melangsaikan tugas membuat reviu biarpun sudah dibayar.
Difahamkan dari ciapan pendedahan oleh seorang pengguna itu, dia telah membayar Norreen sebanyak RM80 untuk membuat reviu produknya.
Bagaimanapun, hal yang membuatkan pemilik produk itu kecewa kerana pelakon berkenaan sama sekali tidak membuat reviu produknya walaupun telah dibayar dan hanya mendiamkan diri.
Individu tersebut membalas satu ciapan dari pengguna lain yang mengatakan ingin membuat pendedahan ‘perangai buruk’ sesetengah influencer yang sering senyap selepas menerima bayaran.
Please, jangan sampai I viralkan para instafemes/tiktokfemes yang dah dapat payment & pr gift tapi lepastu senyap/seen je bila mintak updates.
Penat tau
— Alin (@syzleenanisa) October 23, 2022
Ramai juga pengguna yang membaca tweet luahan individu tersebut berasa kecewa dengan Norreen seandainya perkara tersebut benar terjadi dan dilakukannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Sampai Kesudah Tak Promote” – Buat Tak Tahu, Norreen Iman Dituduh Bawa Lari Duit Reviu? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments