#Hiburan: “Biar Dia Buat Apa Dia Suka” – DSV Tak Kisah Cik B Potong Rambut Macam Lelaki

Sebelum ini, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B tampil dengan imej terbaharu berambut pendek.

Bagaimanapun, imej rambut pendek itu telah mendapat kritikan daripada netizen kerana didakwa seakan-akan menyerupai kaum lelaki.

Advertisement

Tampil memberi penjelasan, DSV meminta agar semua pihak memberi ruang dan masa untuk anaknya yang berusia 17 tahun itu untuk meneroka zaman remaja seperti anak-anak lain.

Bagi masa untuk Cik B biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak-kanak dan remaja.

Menerusi hantaran di laman Instagram, DSV turut berkongsi video terbaharu bersama Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

Cik B membesar tak sama macam orang lain. Saya dah bagi dia handle bisnes.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah meminta DSV untuk memantau dan melatih anak perempuannya itu untuk menutup aurat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 jam lalu

"Sampai Kesudah Tak Promote" - Buat Tak Tahu, Norreen Iman Dituduh Bawa Lari Duit Reviu?

The post “Biar Dia Buat Apa Dia Suka” – DSV Tak Kisah Cik B Potong Rambut Macam Lelaki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments