#Hiburan: “Nak Buktikan Dia Tak Perlu Pantang…” – Bawa Anak Bersiar Lepas 4 Hari Bersalin, Netizen ‘Condemn’ Dr Amalina

Minggu lalu, Dr Amalina Che Bakri yang kini bertugas sebagai pakar bedah di London, England telah selamat melahirkan puteri sulungnya yang diberikan nama Arabella Mia di kota raya itu.

Perkongsian Dr Amalina di Instagram semalam turut meraih perhatian ramai netizen yang terkejut selepas dia berkongsi beberapa gambar ketika membawa Arabella bersiar-siar di dalam stroller.

Advertisement

Rata-rata warganet di Facebook memberikan respon dan reaksi yang sudah boleh dijangka, berkaitan isu berpantang cara orang Melayu dan orang lama.

Mana tidaknya, mereka bersiar di tengah kota raya tersebut ketika Dr Amalina dalam ‘tempoh pantang’ dan Arabella pula baru sahaja berusia empat hari.

Menerusi ruangan komen di Facebook itu, ramai netizen yang memberikan komen dan pendapat berbeza tentang isu berpantang apatah lagi Dr Amalina juga sebelum ini pernah mendedahkan tentang mitos membabitkan ibu yang baru melahirkan.

Ada yang seolah-olah memerli dengan berkata dia merupakan seorang doktor jadi tahulah bagaimana Dr Amalina mahu menjaga dirinya ketika berpantang dan sudah tentu dia mengikut cara moden.

Ramai yang lain ekspres rasa terkejut mereka dan membandingkan dengan pengalaman masing-masing ketika berpantang hari keempat selepas melahirkan dulu. Ada yang berkata kebiasaannya pada tempoh hanya empat hari, selalunya ibu-ibu akan berasa masih penat dan lemah.

Aku kalau 4 hari nak kentut pun takut takut.”

Segelintir individu berpesan kepada netizen lain supaya tidak mengkritik Dr Amalina dan berkata biarlah dia mengikut caranya tersendiri dan semestinya dia akan pastikan dirinya dan bayi dalam keadaan yang baik.

Betul tu, dia kan doktor pakar tahulah macam mana nak jaga diri dan kesihatan sendiri. Takkan dia nak biarkan anak dia dalam keadaan yang tidak baik pula kan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

netizen cemburu Dr Amalina cuti bersalin 10 bulan
1 bulan lalu

"Bapak Besttt" - Netizen Terkesima Dr Amalina Kongsi 'Benefit' Kerja Di UK, Dapat Cuti Bersalin 10 Bulan

The post “Nak Buktikan Dia Tak Perlu Pantang…” – Bawa Anak Bersiar Lepas 4 Hari Bersalin, Netizen ‘Condemn’ Dr Amalina first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments