#Hiburan: “Jom Berubah Sesama Kak” – Pakai Gaun Serba Putih Pergi ‘Event’, Netizen Kata Zahirah Macwilson ‘Belanja’

Video dimuat naik oleh aktres jelita, Zahirah Macwilson menerusi akaun TikTok semalam meraih perhatian dan mengundang komen negatif sesetengah netizen.

Rakaman itu menunjukkan Zahirah memperagakan gaun serba putih yang digayakannya ketika menghadiri acara pembukaan rasmi Ralph Lauren.

Advertisement

Segelintir netizen sempat menegur ibu kepada seorang anak lelaki itu tentang penampilan dan fesyen yang digayakan kerana dikatakan agak seksi.

Difahamkan video tersebut telah pun dipadam oleh Zahirah dipercayai kerana dipenuhi komen ‘jahat’ daripada warganet yang turut menyentuh tentang saiz payudaranya.

Bagaimanapun, admin sendiri sempat screenshot beberapa kritikan daripada netizen menerusi ruangan komen di video TikTok Zahirah itu.

Selain video di TikTok, Zahirah turut memuat naik beberapa gambar bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza menerusi hantaran di akaun Instagram.

Berbeza dengan komen di TikTok, pengikut dan peminat Zahirah di Instagram rata-ratanya memuji kecantikan Zahirah serta badannya yang langsing meskipun selepas bergelar ibu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahirah
1 year lalu

Sentiasa Dalam Pandangan, Zahirah Macwilson Dipuji Tak Tinggal Anak Ketika Bekerja

The post “Jom Berubah Sesama Kak” – Pakai Gaun Serba Putih Pergi ‘Event’, Netizen Kata Zahirah Macwilson ‘Belanja’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments