#Hiburan: “Kau Datang Jumpa Aku, Kau Urine Aku. Kalau Tak ‘Sangkut’, Kau Siap!” – Naqiu Bengang Dengan Siapa?

Penyanyi Naqiu akui sudah banyak kali dituduh mengambil bahan terlarang sejak berpuluh tahun dulu hanya kerana dia berbadan kecil dan kurus.

Pemenang Gegar Vaganza musim keenam itu malah turut mencabar individu yang melemparkan tuduhan tersebut untuk berjumpa, bersua muka dengannya.

Advertisement

Katanya, meskipun menyepi sejak 2008 tetapi fizikalnya pada umur 15 tahun dulu dan sekarang tetap sama saja, tiada yang naik atau mengembang.

Naqiu turut meluahkan rasa marah terhadap individu yang mempunyai skeptikal terhadap orang yang berbadan kurus dan mempunyai tanggapan bahawa mereka menghisap dadah.

Semua orang yang kurus ambil barang ke macam mana? Orang kurus je hisap dadah, bila orang berbadan besar korang kutuk pula, korang nak apa sebenarnya?”

Dia turut memberi mesej kepada individu yang menuduhnya itu untuk periksa dan bandingkan saiz badannya yang dulu dan sekarang.

Bukan itu sahaja, dia turut mencabar individu tersebut untuk face to face dengannya selain mendoakan agar tuduhan dilemparkan kepadanya tidak berbalik kepada yang memfitnah.

Saya cabar orang yang cakap tu, kau datang jumpa aku, kau urine aku, kalau tak ‘sangkut’, kau siap.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 bulan lalu

"Jangan Jadi Pondan!!" - Terima Banyak DM Penuh Kata-Kata Kesat, PU Syed Cabar Untuk 'Face To Face'

The post “Kau Datang Jumpa Aku, Kau Urine Aku. Kalau Tak ‘Sangkut’, Kau Siap!” – Naqiu Bengang Dengan Siapa? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments