#Hiburan: Kali Pertama Mengundi? Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebelum Keluar Memilih!

Isnin lalu, negara dikejutkan dengan berita pembubaran parlimen sekaligus menandakan satu pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari yang akan datang.

Difahamkan, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menentukan tarikh Pilihanraya ke-15 (PRU15) bagi menentukan kepimpinan kerajaan baru.

Advertisement

SPR

Bagi anda yang pertama kali keluar mengundi, jom ketahui cara menyemak status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi yang perlu anda ambil maklum.

SPR juga telah menyediakan sebuah aplikasi rasmi untuk rakyat yang dikenali sebagai MySPR Semak di mana anda boleh menyemak status dan juga mendaftar sebagai pemilih.

Muat turun aplikasi MySPR Semak di laman Google Play Store atau App Store dalam telefon bimbit anda.

VocketSumber : Vocket  

Kemudian, tekan pada Semakan Daftar Pemilih dan masukkan info yang diperlukan, dan tekan semak.

Maklumat lengkap pendaftaran anda akan menunjukkan lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.

Vocket sprSumber : Vocket  

Manakala bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara, anda perlu mendaftar akaun baharu menggunakan kad pengenalan di laman rasmi MySPR.

Setelah disahkan, anda boleh mengundi secara pos di mana jua anda berada.

Sekadar info, mereka yang berusia 18 tahun secara automatik telah layak menjadi pengundi untuk PRU15 kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

influnecer tiktok, fyp
1 bulan lalu

Nak 'Views' TikTok Mencanak Naik? Jom Ketahui 10 Cara Masuk FYP Sebelum Buat 'Content'

The post Kali Pertama Mengundi? Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebelum Keluar Memilih! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments