Tular di media sosial baru-baru ini apabila satu perkongsian daripada satu laman web jual beli memaparkan tindakan seorang pelajar yang cuba menjual PerantiSiswa yang diperolehnya kerana ingin menukarnya kepada iPad.
Difahamkan, setiap pelajar yang layak telah menerima peranti Samsung Tab A8. Pelajar tersebut dilihat menjual gajet itu dengan alasan mahu menukar kepada jenama Apple untuk kegunaan pembelajaran.
Dapat free from govt,
Then sell to buy ipad ?
Haiyaaa, kalau tak guna baik bagi pada yang memerlukan pic.twitter.com/9dscZ6sJTj
— ??????????? ??? (@iHX_Kimilol) October 23, 2022
Got from peranti siswa. Tak guna pun. Reason jual, sebab nak upgrade iPad untuk kegunaan belajar. Perlukan banyak penulisan untuk buat notes.
Berikutan itu, ramai netizen tampil memberikan kritikan dan mengecam tindakan pelajar terbabit yang tidak berintegriti itu.
Tak sedar diri. Ambil tab dari cukai rakyat lepas tu jual pula dengan harga RM900 sebab nak pakai iPad.
Kalau kau tahu nak iPad, janganlah mohon peranti siswa. Ada yang betul-betul memerlukan kau dah rampas hak dia.
Terdahulu, kira-kira 400,000 mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) telah layak menerima insentif Peranti Siswa berjenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE.
Pelajar yang menerima peranti tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi tujuan penjualan semula.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Rampas Hak Orang Lain!” – Individu Cuba Jual Peranti Siswa Semata Nak Beli iPad Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments