#Hiburan: “Kantoi Busuk!” – Founder Kosmetik Siap ‘Posing’ Depan Bangunan, SIRIM Respon Tak Pernah Uji Produk Mereka

Tular di media sosial semalam apabila sepasang suami isteri bergelar ‘founder’ atau pengasas produk kosmetik mendakwa produk mereka telah disahkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Namun begitu, hantaran penjelasan dan bukti foto kedua-duanya bergambar di depan pejabat SIRIM telah disangkal oleh agensi terbabit di bahagian komen sekaligus mencetuskan pelbagai kritikan daripada netizen.

Advertisement

Terdahulu, pengasas jenama kosmetik itu memaklumkan bahawa mereka sedang bertungkus lumus bagi membuktikan bahawa produk yang dihasilkan selamat dan mendapat kelulusan agensi berkenaan.

‘Terciduk’ bak kata netizen, SIRIM kemudian telah meninggalkan komen dan memaklumkan bahawa pihak mereka tidak pernah menjalankan sebarang ujian terhadap produk S** D**.

Sirim Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk S** D**.

Menjengah ke ruangan komen, ramai terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu yang tergamak menipu demi mendapatkan keuntungan.

Malah, ada juga yang mempersoalkan sama ada perniagaan yang dijalankan itu berkat atau tidak memandangkan kedua-duanya tampil sebagai muslimah yang alim dan beragama.

Gaya nak alim, tapi penipu. Entah-entah produk ada merkuri tapi menipu macam bebas bahan merbahaya. Memang sejenis penunggang agama ke? Mohon SIRIM saman dia sebab guna nama untuk tujuan menipu.

Hantaran panjang lebar pengasas produk itu kemudiannya dipadam di Facebook setelah menerima kecaman melampau daripada netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr malar tema bollywood
24 jam lalu

"Jangan Sampai Syirik.." - Dr Malar Tegur Wanita Islam Pakai Tema Bollywood Di Majlis, Ramai Dah Tersasar

The post “Kantoi Busuk!” – Founder Kosmetik Siap ‘Posing’ Depan Bangunan, SIRIM Respon Tak Pernah Uji Produk Mereka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments