Sebelum ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah video mengenai seorang pelanggan Bizmilla Wedding Centre yang meluahkan rasa kecewa terhadap perkhidmatan jurugambar percuma yang ditawarkan.
Tampil memberi penjelasan, penyanyi dan pemilik syarikat Bizmilla, Mila Jirin berkata pihak mereka menawarkan dua jenis pakej perkahwinan lengkap iaitu pakej premium dan pakej basic.
Malah, Mila turut memaklumkan di dalam pakej tersebut pihak mereka memberikan sesi fotografi dan videografi secara percuma sepanjang majlis iaitu bersamaan 500 keping gambar dan keatas.
Sudah semestinya ada momen tengah jalan dan tak betul akan dirakamkan juga. Yang tu kita panggil momen.
Pakej yang dia ambil adalah basic, kami tak nak isukan benda itu…
Tambah penyanyi berusi 34 tahun itu, dia sendiri telah melihat hasil gambar yang diambil oleh jurugambar tersebut dan mempersoalkan tindakan pelanggan tersebut kerana hanya berkongsi foto tidak bersedia.
Boleh lihat ada gambar-gambar momen cantik, tapi kenapa tak nak masukkan? Kenapa tak nak viralkan?
@milajirin_bizmilla Saya ingin menjelaskan …. Sebab ramai DM saya dan cakap macam macam …
Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memberi teguran kepada Mila untuk menerima kritikan daripada pelanggan bagi meningkatkan lagi kualiti dan servis syarikat Bizmilla.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang menjelaskan bahawa kualiti gambar tetap perlu ada walaupun pelanggan menempah pakej basic dan mendapat jurugambar secara percuma.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Walaupun Free Kena Ada Kualiti” – Beri Penjelasan Isu Jurugambar Bizmilla, Netizen ‘Tempelak’ Mila Jirin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments