#Hiburan: “Baru Bahagia, Takkan Dah Duka?” – ‘Update’ Status Sedih, Netizen Syak Rumah Tangga Mas Idayu Goyah?

Sedia maklum, pada tanggal 16 September lalu, penyanyi dangdut terkenal iaitu Mas Idayu selamat disatukan dengan pasangannya iaitu penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa.

Sebelum ini ramai yang menyangkakan Mas Idayu memilih tarikh tersebut kerana mahu kelihatan istimewa sempena Hari Malaysia, penyanyi tersebut menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan tiada sebarang simbolik memilih tarikh itu untuk bernikah kali kedua.

Advertisement

Biarpun baru saja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, hantaran yang dibuat oleh Mas Idayu baru-baru ini mencuri perhatian ramai dan mengundang tanda tanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Dalam hantaran video yang dimuat naik, dia memuat naik satu video wawancara seorang wanita bertanyakan keadaan selebriti wanita ini, tetapi selebriti tersebut menjawab ‘I’m okay’ sambil menahan sebak.

Kapsyen yang dibuat oleh penyanyi Cintaku 100% itu telah membuat ramai netizen berasa risau dengan keadaannya ketika ini, hingga ada yang merasakan Mas Idayu kini mempunyai masalah rumah tangga.

komen netizen

Ramai netizen risau dengan keadaan Mas Idayu apabila video serta kapsyen yang dibuat kelihatan dirinya sedang dalam keadaan sedih ketika ini, tetapi dalam pada itu, ada juga netizen mendoakan agar penyanyi dangdut berkenaan kekal tabah hadapi ujian yang sedang dihadapi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

veil mas idayu berbelon
4 minggu lalu

"Kalah Anak Dara, Gedik!" - Pakai 'Veil' Berbelon, Busana Pengantin Mas Idayu Dikecam Netizen

The post “Baru Bahagia, Takkan Dah Duka?” – ‘Update’ Status Sedih, Netizen Syak Rumah Tangga Mas Idayu Goyah? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments