#Hiburan: “Mana Kakak Mana Adik Ni” – Cantik Di Usia 53 Tahun, Netizen Bandingkan Maria Farida Dengan DSV

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan dua wanita dikenali ramai iaitu pelakon, Maria Farida dan juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sedang melakukan konten TikTok.

Melalui video tersebut, jelas terlihat kejelitaan Maria Farida biarpun umurnya sudah mencecah 50-an dan tidak lupa juga DSV terlihat semakin susut dari yang sebelum ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Maria dan DSV juga terlihat sedang menari sambil ‘memperagakan’ rantai emas yang dipakainya ketika itu.

Meninjau di ruangan komen, sememangnya warganet memuji kecantikan pelakon darah kacuk Melayu serta Filipina itu kerana dapat mengekal awet muda serta seakan-akan tidak dimamah usia.

Terdapat juga beberapa netizen sempat memandingkan kedua-dua wanita terbabit, di mana mereka berkata Maria kelihatan muda daripada DSV yang kini berusia 51 tahun.

Sekadar info, Maria sebelum ini ada memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak membuat sebarang rawatan pada wajah tetapi kecantikan yang dimiliki adalah semulajadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

17 jam lalu

"Tolong Kembali Kepada Isu Sebenar" - Caprice Dedah 'Dark Secrets', Ini Penjelasan Cikgu Fadli

dli

The post “Mana Kakak Mana Adik Ni” – Cantik Di Usia 53 Tahun, Netizen Bandingkan Maria Farida Dengan DSV first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments