#Hiburan: “Hidup Porak Peranda, Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya,”- Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

Penyanyi Ameng daripada kumpulan Spring mendedahkan hidupnya seolah-olah berakhir apabila dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada tahun 2011 yang lalu.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminnudin Wan Ismail,52, berkata kehidupannya telah musnah dan menjadi porak peranda gara-gara dadah.

Advertisement
Ameng SpringSumber : Instagram Ameng Spring  

Menurut penyanyi kumpulan rock terkenal era 90-an ini, rumah tangga bercerai-berai dan mengecewakan hati ibu bapa merupakan kekesalan terbesar Ameng pada ketika itu.

“Bila sahaja saya dipenjarakan, saya rasa seperti hidup tak berguna lagi. Malah ketika itu saya dah tak peduli pasal diri saya, tak peduli persekitaran, yang saya risaukan macam mana nak menghadapi hidup di dalam penjara dengan satu jangka masa yang lama.”

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Ameng ketika sesi wawancara bersama stesen radio Zayan dalam sebuah segmen berjudul Kisah Inspirasi.

View this post on Instagram

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

Katanya lagi, ketika berada dalam penjara dia mengisi masa dengan menghadiri program-program keagamaan serta kerohanian yang disediakan pihak berkuasa. Melalui program-program dianjurkan itu, dia memperoleh semula semangat dan kesedaran untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Advertisement

Tambah Ameng, perkara paling tidak dapat dilupakan adalah apabila melihat ahli keluarganya terpaksa melalui kesusahan di atas kesilapannya.

“Ketika saya ditahan, isteri saya juga ditahan reman selama 3 bulan. Anak saya ketika itu kecil lagi dan tidak sanggup berpisah sehingga dia memeluk kuat peha saya kerana tidak sanggup berpisah. Hati saya berat dan sedih ketika itu, tetapi tiada gunanya kerana nasi sudah menjadi bubur.”

Lebih menyayat hati, anak-anaknya juga sudah tidak mengenali dan takut untuk mendekati dirinya kerana sudah lama tidak berjumpa.

Terdahulu, Ameng Spring telah dihukum penjara selama 6 tahun dan juga 10 sebatan di atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan telah dibebaskan pada tahun 2016 lalu.

The post “Hidup Porak Peranda, Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya,”- Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments