Gara-gara menggayakan anak sulung dengan baju kurung pemberian ibunya, Dr Amalina disindir oleh segelintir netizen yang mengatakan dia sudah melupakan adab dan budaya orang Melayu kerana sudah bermastautin di luar negara.
Berikutan itu, ibu muda ini meluahkan rasa kesal dengan sikap warga maya yang sering bersangka buruk di laman media sosial miliknya, baru-baru ini.
Kata individu itu, ibu Amalina mungkin memerli wanita itu kerana menghadiahkan Arabella Mia dengan sepasang baju kurung.
Mungkin tokma (ibu Amalina) nak perli ibu (Amalina) tu sebab dah tak kenal baju kurung.
Jelas Dr Amalina, dia sendiri yang meminta ibunya untuk membawa baju kurung buat si kecil itu supaya dapat merasa budaya Melayu di London.
Katanya lagi, sangat susah untuk mendapatkan baju tradisional Melayu di negara itu.
Dr Amalina juga menzahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang busuk hati namun mendoakan agar individu tersebut dikurniakan hati yang baik selain mendoakan perkara-perkara yang baik sahaja.
Saya pelik dengan netizen begini yang suka sangat bersangka buruk dengan orang. Saya doakan supaya puan ini dikurniakan hati yang baik supaya dapat mendoakan yang baik-baik sahaja untuk orang lain.
Terdahulu, Dr. Amalina memaklumkan bahawa dia pernah disoal mengenai status agama suaminya, Alexander Charles di Instagram oleh individu tidak dikenali.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tok Ma Nak Perli Ibu Tu” – Sindir Anak Pakai Baju Kurung, Dr Amalina Hairan Sikap Segelintir Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments