Tular di media sosial semalam apabila sebuah klip video memaparkan sedutan rancangan Next To Neelofa menampilkan penyanyi terkenal Ziana Zain menceritakan mengenai kisah rumah tangganya sebelum bercerai.
Cerita penyanyi lagu Putus Terpaksa ini lagi, anaknya telah dipukul dengan teruk sehingga berdarah-darah dan muka membengkak seperti belon.
Saya berdoa bersungguh sungguh supaya tidak ada wanita di luar sana menghadapi situasi dimana suami sendiri , lelaki paling dipercayai menjatuhkan dan membuat kita rasa kita insan paling hina dalam dunia.
Kak ziana zain memang betul kuat? pic.twitter.com/qujz43OLI9
— Jazz (@JazeeraJulaili) October 30, 2022
Malah, Ziana turut berduka cita dan berkecil hati kerana merasakan Armin sudah mengabaikan dirinya setelah berbelas tahun hidup bersama.
Saya rasa langsung tak dihargai walaupun selepas bertarung nyawa melahirkan anak-anaknya.
Neelofa yang bertindak sebagai hos program tersebut turut dilihat mengalirkan air mata kerana sebak dengan kisah hidup penyanyi tersohor itu.
Namun begitu, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai tampil memberikan respon yang berbeza dengan perkongsian kisah daripada penyanyi itu.
View this post on Instagram
Kata netizen program bual bicara yang dikendalikan Neelofa itu seolah-olah membuka pekung di dada selain mendedahkan aib bekas suami Ziana Zain.
Dah jadi rancangan buka pekung di dada. Benda-benda macam ni simpan jelah dalam kain. Kita nak dengar pun tak sanggup.
Kalau senyap je tak ada sapa tahu. Jangan jadi batu api la, tak baik.
Netizen juga mendoakan agar Ziana Zain terus kuat mendatangi hari mendatang selain tabah membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran seorang suami di sisi.
Sekadar info, Ziana dan bekas suami, Armin telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, kembar Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Mereka kemudian bercerai talak satu pada tahun 2018 sebelum Armin dibawa ke muka pengadilan atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada tahun 2016.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Anak Dipukul Sehingga Berdarah Muka” – Ziana Zain Dedah Perangai Zalim Bekas Suami, Netizen Kritik Buka Aib? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments