Sedia maklum, sebelum ini penyanyi rap yang sering menyuarakan pandangannya iaitu Caprice ada mendedahkan bukti perbualan didakwa PU Azman bersama seorang remaja lelaki.
Belum reda dengan pendedahan tersebut, Caprice sekali lagi memuat naik hantaran di Instagram memaparkan screen record perbualan seorang ustaz dimana identiti tidak diketahui bersama seorang individu di WhatsApp.
View this post on Instagram
Jika lihat dari pendedahan mesej yang dibuat oleh Caprice itu, ‘ustaz’ terbabit dilihat sedang ‘bermanja-manja’ dengan individu berkenaan.
Malah, ‘ustaz’ tersebut juga berani mempersoalkan individu tersebut tidak pernah mencium dirinya sedangkan mereka mempunyai jantina yang sama.
Di kapsyen hantaran itu, Caprice sempat memberitahu kepada umum bahawa mangsa yang berasal dari Perak berjumpa dengannya untuk menceritakan pengalaman ‘ngeri’ itu serta mesej di dalam telefon bimbit.
Sekadar info, setelah Caprice menyuarakan tentang isu ini, ada juga sesetengah individu yang mengecamnya kerana membuka aib tetapi penyanyi rap itu merasakan ia adalah sesuatu perkara yang harus diketahui ramai dan perlu ada seseorang berani tampil untuk membuktikan mengenai hal ini.
The post “Tapi Din Tak Pernah Kiss Ustaz” – Caprice Tunjuk Bukti ‘Ustaz Gatal’ Mesej Budak, PU Azman Ke? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments