Seorang wanita di platform TikTok teruk dikecam selepas mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pembangkang hanya mempolitikkan isu banjir bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana takut akan ditolak rakyat.
Menurut wanita itu, isu banjir dijadikan sebagai alasan untuk menunjukkan pihak pembangkang mengambil berat tentang perkara ini sedangkan tiada tindakan awal diambil bagi yang terjejas dengan banjir.
Kenapa nak mempolitikkan isu banjir dalam Pilihan Raya Umum? Hari ini di Johor sedang banjir, di mana pemimpin parti pembangkang yang lain?
Oii kak! Masa banjir tahun lepas mana pi menteri2 umno? Siapa yang tolong rakyat? Jangan nak hujah ikut kepala otak kau ja bercakap. Setakat baca skrip kau tu, Yang takot tu presiden kau takot ke dalam! pic.twitter.com/NESkey2MdM
— cikyaniee (@lady_bugg11) October 5, 2022
Kenyataan dibuat wanita itu bagaimanapun dilihat tidak dipersetujui kebanyakkan netizen di Twitter yang mengecam wanita tersebut.
Jika meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita terbabit, sehingga ada yang melabelnya sebagai ‘penjilat’ kerana jelas berat sebelah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Didakwa Jadi ‘Penjilat’, Kenapa Netizen Kecam Wanita Ini Habis-Habisan Di TikTok? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments