#Hiburan: “Jangan Diikut Ragam Kaum Nabi Luth” – Hattan Bengang Tengok Video 2 Lelaki Bercium Dalam Surau

Sebuah video tular rakaman litar tertutup (CCTV) baru-baru ini menunjukkan dua lelaki bercium di dalam surau menimbulkan kemarahan dalam ramai pihak.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi veteran, Datuk Hattan yang turut meluahkan rasa marah kerana aksi yang dilakukan oleh dua orang lelaki itu dianggap tidak menghormati kesucian rumah ibadah.

Advertisement

Saya ada tengok video dekat dalam surau, apa terjadi? Jantan sama jantan buat kelaku tak senonoh. Dalam surau tu, kau tak ingat ke surau rumah Allah, tempat kita nak sembahyang.”

Tambahnya lagi, dia berasa geli dan jijik dengan perbuatan yang dilakukan tanpa menghormati jemaah lain di dalam surau berkenaan.

Dalam pada itu, Datuk Hattan sempat menitipkan pesanan supaya tidak mengulangi perbuatan yang pernah dilakukan oleh kaum Nabi Luth pada masa silam.

Takkan buat kerja tak semenggah jantan sama jantan geli geleman pun ada tengok. Astaghfirullahalazim, seluk tangan dalam seluar lepas tu pergi salam dengan orang. Jangan diikut ragam kaum Nabi Luth ni.”

Untuk info, aksi bercumbu kedua lelaki itu telah menerima lebih daripada 5,000 ulang kicau selepas rakaman CCTV tersebut dimuat naik di Twitter.

sumbang di masjid
1 hari lalu

Tak Sempat Habis Solat, Aksi Dua Lelaki Ini Bercumbu Dalam Masjid Jadi Tumpuan, - “Tak Takut Kena Sambar Petir Ke?”

The post “Jangan Diikut Ragam Kaum Nabi Luth” – Hattan Bengang Tengok Video 2 Lelaki Bercium Dalam Surau first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments