Selepas dituduh melangsungkan pernikahan tanpa pengetahuan ibu bapa dan keluarga, Abang Viva atau Azwan Omar sendiri telah tampil memberikan penjelasan daripada pihaknya.
Azwan menafikan dakwaan dibuat kakaknya itu dan berkata sudah memberitahu hasrat untuk bernikah kepada ayah dan ibunya beberapa kali.
Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan telah ditendang keluar dari group Whatsapp oleh kakaknya selain turut berkata keluarga kurang setuju dengan pilihan hatinya, Evanoza.
Apabila isu sebegini tular di media sosial dan hangat diperkatakan oleh netizen, sudah tentulah isterinya turut mendapat tempias.
Malah, difahamkan ada yang mengkritik pasangan itu kerana tetap berkahwin tanpa mendapatkan restu daripada kedua orang tua.
Namun, menerusi ruangan komen video TikTok dimuat naik oleh Evanoza sendiri, dia dilihat tenang menghadapi kritikan yang dilontarkan kepadanya.
Evanoza sempat menjawab beberapa soalan dan komen daripada netizen di mana dia meminta agar suaminya dan adik beradik diberikan ruang untuk selesaikan masalah mereka.
Tambahnya lagi, mak dan ayah (ibu bapa Azwan) sudah pun okay serta memohon agar netizen mendoakan yang terbaik buat mereka dan keluarga.
Beri mereka ruang selesaikan isu adik beradik secara tertutup. Mak ayah dah ok, kita doa yang baik baik.”
Bukan itu saja, Evanoza turut berkata dia dan Azwan tidak pernah membelakangkan mak ayah dan mereka masih tahu mana baik dan mana yang buruk.
Sementara itu, ramai warganet turut mendoakan agar konflik yang berlaku antara mereka dan adik beradik Azwan dapat diselesaikan dengan baik.
The post “Beri Mereka Ruang Selesai Isu Adik Beradik, Mak Ayah Dah Ok” – Isteri ‘Abang Viva’ Respon Isu Tular first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments