Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarhamah Faziani Rohban, Irdina Hakim Jasman mendedahkan bahawa bapa tirinya ada menuntut wang bernilai jutaan ringgit di Instagram.
Kata Irdina, dia menerima sepucuk surat daripada mahkamah dan berasa terkejut setelah membaca isi kandungan surat tuntutan yang difailkan bapa tirinya itu.
Hari ini aku menerima satu surat mahkamah dari peguam bekas bapa tiri aku yang menuntut wang berjuta-juta daripada aku.
Dia juga dilihat sedih dan terketar ketika menerima perutusan itu selain menganggap ia sebagai ujian Allah.
Tidak cukup ibu aku meninggal dunia ditangannya, kemudian pula abang aku dilaporkan kepada polis kononnya mengugut beliau dan abang aku terpaksa tidur dalam lokap selama dua malam.
Ujar Irdina, bekas bapa tirinya itu berterusan memberi tekanan kepada dirinya dan adik beradik yang lain selepas kematian ibu mereka, Faziani Rohban.
Dalam pada itu, Irdina berkata dia berharap bekas bapa tirinya itu tidak akan menarik balik kes seperti sebelum ini kerana wanita itu berhasrat untuk mendedahkan segala-galanya di mahkamah.
“Insya- Allah..Aku akan ke mahkamah, dan aku akan dedahkan segala-galanya di mahkamah.” katanya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: “I Tekak Melayu” – Atikah Suhaime Kongsi Menu Diet Murah Dan Sedap, Ramai Netizen Terinspirasi
The post (VIDEO) “Tak Cukup Ibu Meninggal Ditangannya..” – Anak Pengasas Dnars Dedah Bapa Tiri Tuntut Harta Jutaan Ringgit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments