#Hiburan: “Demi Kebaikan Semua” – Suami Siti Rohayu Akui Terpaksa Lafaz Talak Untuk Jernihkan Keadaan

Sudah pasti pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu kekalkan perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat dan tiada pasangan yang kahwin untuk berpisah.

Bagaimanapun, jika takdir sudah tertulis untuk berpisah, maka tiada perkara yang dapat mengubahnya. Sama seperti kisah seorang usahawa kosmetik bernama Siti Rohayu ini.

Advertisement

Baru-baru ini, pengumuman bahawa dirinya serta suami yang dikenali sebagai ‘abiy’ sudah berpisah membuat ramai pihak berasa terkejut. Namun, dia tidak menjelaskan secara dalam dan hanya memberitahu keputusan itu adalah sebulat suara kedua-dua pihak.

Melalui satu video ‘live’, abiy memberitahu bahawa dia masih menyayangi umi (bekas isteri) tetapi demi kebaikan semua pihak, dia terpaksa menjatuhkan talak dan berharap keputusan yang dibuat dapat menjernihkan keadaan.

Kalau dah sampai mahkamah, kenalah lafaz talak.. abiy terpaksa.

Meninjau di ruangan komen video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok itu, rata-rata netizen mempertikaikan keputusan abiy dan meminta dia untuk ingat kembali pengorbanan isteri kepadanya.

Dalam pada masa yang sama, netizen juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila abiy berkata dirinya terpaksa berbuat sedemikian dan melepaskan seorang isteri yang sangat baik terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Ayu usahawan kosmetik
2 hari lalu

“Diorang Nak Menantu Lebih Baik” - Jaga Suami Lumpuh Sampai Sihat, Wanita Akur Mentua Minta Bercerai

The post “Demi Kebaikan Semua” – Suami Siti Rohayu Akui Terpaksa Lafaz Talak Untuk Jernihkan Keadaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments