Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Reff Lia yang memaparkan dua orang kanak-kanak sedang bermain di tepi balkoni telah mengundang rasa bimbang orang ramai.
Menerusi video tersebut, dua adik beradik itu dilihat dibiarkan bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, Kuala Lumpur.
Menjengah di ruangan komen, video berdurasi 10 saat itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan kanak-kanak berkenaan.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan keberadaan ibu bapa kepada kedua kanak-kanak itu dan mengecam mereka atas kecuaian yang berlaku.
Menurut kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Bin Abu Samah berkata hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku.
Menurut Ashari, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak (2001) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, pihak polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak-Kank.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Please La Alert!” – Viral Dua Beradik Main Tepi Balkoni, Netizen Tanya Mana Ibu Bapa? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments