Seniwati terkenal, Fauziah Nawi mengakui bahawa dia masih belum terbuka hati untuk menonton filem pecah panggung, Mat Kilau arahan Syamsul Yusof di pawagam.
Ujar Fauziah, dia sememangnya mengagumi Syamsul Yusof yang membawa naskah bergenre sejarah itu mengikut caranya yang tersendiri.
Bukan sebab saya tak nak terima idea orang baharu macam Syamsul. Dia pegang apa pun, jadi emas. Tentulah orang kata ada juga yang tak kena. Tetapi bagi saya, dialah yang menyebabkan orang pergi tengok cerita melayu.
Dapat kutipan panggung pun tinggi. Sungguhpun begitu, banyak yang tidak ‘kena’ tentang filem berkenaan.
Jujurnya, Fauziah ada melihat babak pendek dalam trailer filem tersebut dan merasakan ada yang tidak kena dari segi bahasa dan perkataan.
Bukan sebab Mat Kilau arahan Syamsul terlalu komersial. Mana ada orang dahulu gunakan perkataan atau bahasa sebegitu. Maaf, saya tak tengok. Lantaklah macam mana sekalipun.
Katanya lagi, dia lebih menyukai adik Syamsul iaitu Syafiq Yusof dari sudut pengarahan filem.
Perkembangan lain, Fauziah Nawi kini sedang sibuk dalam persiapan mengarahkan teater srikandi Tun Fatimah yang akan menampilkan pelakon handalan seperti Aqasha, Sobri Anuar dan Farah Ahmad. – Kosmo Online
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Banyak Yang Tak Kena..” – Seniwati Fauziah Nawi Akui Tak Tonton Filem Mat Kilau, Alasan ‘Tak Lalu’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments