Penyanyi Baby Shima sememangnya tidak terlepas daripada kecaman netizen tidak kira apa jua yang disuarakan.
Baru-baru ini memerli tindakan ustaz dan ustazah ‘online‘ yang dianggap berdiam diri berkaitan kes amang seksual, Baby Shima kali ini sekali lagi dibidas oleh warganet.
Menjengah ke ruangan komen Facebook BeautifulNara, rata-rata netizen menganggap Baby Shima mempermainkan perjuangan orang agama.
Main-main kau dengan orang berilmu agama.”
Seronok dia eh memperolok-olokkan ustaz ustazah. Kalau hati dah hitam tak boleh terima teguran dan kritikan berkaitan hukum hakam. Lantak kau lah Shima oiii kau tu dah besar panjang bukannya baby.”
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang bersetuju dengan kenyataan Shima kerana menganggap sesetengah pendakwah bersifat berat sebelah dalam memberi teguran.
Terdahulu, Baby Shima memuat naik satu hantaran di Instagram Stories seakan-akan menyindir tindakan ustaz dan ustazah ‘online‘ yang tidak mengulas isu berkaitan kes amang seksual seorang pendakwah selebriti terkenal.
The post “Berdengki Sungguh Dia Ni” – Dianggap Tak Hormat Pendakwah, Kenyataan Baby Shima Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments