#Hiburan: “Laki Dia Buta Ke?” – Berpesta Buih, Netizen Persoal Suami Norreen Biarkan Isteri ‘Belanja’ Lurah

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial iaitu Norreen Iman telah memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya memaparkan percutian bersama keluarga di atas sebuah kapal mewah ataupun Cruise.

Menerusi hantaran tersebut, Norreen berkongsi momen-momen gembira bermain bersama anak-anak ketika melakukan salah satu aktiviti di atas kapal iaitu pesta buih.

Advertisement

Malah, pelakon berusia 28 tahun itu turut berkata wang ringgit boleh dicari namun pengalaman sebegini jarang dapat dirasakan bersama keluarga kecilnya.

Jedag jedug dengan keluarga kecil saya. Duit boleh cari sebab benda bukan selalu. Tibah!

Menjengah di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya tidak senang melihat pakaian Norreen yang mencolok mata sehingga menampakkan bahagian lurah.

Malah, ada segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan suami kepada pempengaruh itu, Razzi Razak kerana seolah membiarkan isterinya menayang aurat kepada umum.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengikut yang menyokong Norreen yang hanya sekadar berkongsi pengalaman indah bersama keluarga selain mempunyai hak untuk membuat apa-apa hantaran di laman Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

"Lari Tak Cukup Tanah" - Aliff Syukri Cemas Isteri Alami Pendarahan, Netizen Kata Tapi Menyempat Rakam

The post “Laki Dia Buta Ke?” – Berpesta Buih, Netizen Persoal Suami Norreen Biarkan Isteri ‘Belanja’ Lurah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments