#Hiburan: Bayi 38 Hari Alami Bengkak Usus & Tersumbat, Punca Dari Ibu Bagi Makan Kurma

Baru-baru ini, seorang doktor di TikTok berkongsikan kisah seorang bayi berumur 38 hari mengalami bengkak usus selepas mendapati usus besarnya tersumbat dan disebabkan itu, bayi berkenaan perlu menjalani pembedahan dengan segera.

Menurut dari doktor terbabit, dia mendapati bayi yang sepatut diberikan susu badan sepenuhnya itu diberikan kurma yang sudah dikunyah.

Advertisement

Kejadian terbabit diketahui oleh doktor berkenaan ketika si ibu datang ke klinik untuk menyedut kahak awal bulan lalu.

Dia kata nak sedut kahak dan apabila diperiksa, bayi itu tidak ada selesema, tidak ada hingus dan paru-parunya dalam keadaan baik. Tapi, apabila diperiksa perut mendapati ia kembung.

Ibu bayi itu memberitahu anaknya tidak mempunyai masalah membuang air besar, cuma sering menangis. Namun, dua hari selepas itu, wanita berkenaan kembali ke klinik dan mendapati anak mengalami bengkak pada usus.

Biarpun tidak pasti sama ada kurma adalah penyebab anak wanita itu mengalami bengkak usus, pengamal perubatan terbabit menasihati ibu bapa diluar agar tidak mengambil mudah keadaan bayi dan segera ke klinik untuk menjalani X-Ray jika ada tanda berbeza bagi mendapatkan kepastiaan.

wanita sanggup bawa bayi bersesak di dataran hari merdeka
2 bulan lalu

"Mak Jenis Apa Ni!" - Netizen 'Tepuk Dahi', Wanita Sanggup Bawa Bayi Bersesak Dalam Panas Untuk Tonton Perarakan Merdeka

The post Bayi 38 Hari Alami Bengkak Usus & Tersumbat, Punca Dari Ibu Bagi Makan Kurma first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments