#Hiburan: “Ramai GF Zaman Hiphop Bukan Jenayah” – Wanita Ugut Nak Bongkarkan Rahsia, Caprice Tak ‘Goyang’

Semalam digemparkan dengan satu video viral di TikTok seorang wanita menyatakan hasratnya untuk membongkar sisi gelap penyanyi rap, Caprice.

Sedia maklum, Caprice memang seorang yang tidak gentar untuk meluahkan pendapat serta membongkarkan ‘rahsia’ individu yang melakukan kesalahan terhadap orang lain.

Advertisement

Disebabkan mempunyai sifat seperti itu, kebanyakkan netizen berasa meluat dan meminta agar penyanyi tersebut untuk tidak selalu menjaga tepi kain orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sedar akan video tersebut, Caprice memuat naik satu hantaran di IG Story seakan-akan dirinya tidak gentar dengan ‘ugutan’ wanita tersebut.

Malah, dia juga mengatakan bahawa mempunyai teman wanita yang banyak semasa zaman hip hop bukanlah satu perkara jenayah dan mengalu-alukan wanita terbabit bongkarkan ‘rahsia gelap’ Caprice yang dipegang olehnya.

Dalam pada masa yang sama, Caprice atau mesra dipanggil Cap sempat menggertak wanita itu bahawa peguamnya sentiasa bersiap sedia untuk menghantar surat saman seandainya perkara yang dibongkarkan tidak benar.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

sisi gelap Caprice
17 jam lalu

(VIDEO) Selalu 'Sibuk' Ulas Isu Orang, Kali Ini Ada Wanita Nak Dedah Sisi Gelap Caprice Pula?

The post “Ramai GF Zaman Hiphop Bukan Jenayah” – Wanita Ugut Nak Bongkarkan Rahsia, Caprice Tak ‘Goyang’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments